Selasa, 1 Julai 2014

Munajat Ramadhan..

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah.. semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami , kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim..
ajarkan lah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat seitiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.. Ya Allah,, takdirkanlah yang baik baik untuk diri kami, janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu pintu rahmatMu untuk kami Ya Allah...

Ya Allah Rabbul Jalil..
sejahterakan lah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.. Ya Allah ,, ampunkanlah segala dosa kami..kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Y Allah..kami lupa akan Engkau ketika kami sihat.. Kami ingat kepadaMu bila kami sakit, kami lupa akan Engkau ketika kami senang, kami ingat padaMu tika datang kesusahan.. kami lupa padaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketiaka sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua.. justeru Ya Allah..ampunilah dosa kami..berikalah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
ampunkanlah dosa kedua ibubapa kam, setiapkan titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami.. Kau gantikanlah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.. Ya Rahman..pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari reski kepada keluarga kami..Kau gantikanlah dengna keampunan yang membawa ke syugaMu Ya Allah.. sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. bahkan terkadang mereke hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan..justeru itu, kurniakanalah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah..


Ya Allah...
kami juga memohon ampun untuk kaum kerbat kami, sahabat sahabat kam, guru guru kami yang terlebih dahlu pergi meninggalkan kami kealam barzakh. golongkanlah mereka dalam orang- orang yang Kau redhai. apabila teiba giliran kami menuju ke barzakhMu..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik.. dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah..

Ya Allah Ya Aziz..

Kurniakana lah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram..hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungawab.. Kau jauhkanlah dairapd akami sifat ujub, riak, takkabur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim
jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkan lah urusan mereka, jia ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan kelaur kepad mereka, jika ada di kalangan mreka yang sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah keperluangan mereka, jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka Ya Allah..agar dapat mereka beribadah bersama-sama kami..jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapanyaatau terkurang melayani mereka, Kau ampunilah mereka jadikan kami anak-anak yang taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihani..

Ya Allah Ya Malikal Mulk...
Ya Razak.. Ya Fattahu ya Alim..
Kurniakanlah rezki yang halal lagi diberkati.. dan jadikanlah dengan rezki itukamis emakin dekat dengan Mu.. sebaliknya, jangan lah Kau jadikan kami golongna yang lupad iri setelah mendapat kurniaanMu

Ya Allah..
bantulah kami dalam manjalankan urusan agama kami.. elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali selama lamanya. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kamatian sebagai ketengangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali keapdaMu dengan jiwa yang tenang..

Ya Allah Ya zal jalali wal ikram..
Ya Alla..janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.. tapi andainya ini ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dngna cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah..jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa dosa kami. Ya Allah,,temukanlah kami dengan Lailatul Qadar..pilihkan lah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al Qadar..Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami..amankanlah kehidupan kami disana nnti yang kekal abadi.. kurniakalha kepada kami syurgaMu Yang Maha luas nikmatnya..

amin..

amin..

amin Ya Robbal alamin..

Tiada ulasan: